Hai!.Selamat datang ke laman web jonizamjaafar photography.Terima kasih kerana sudi ke laman web ini.Sebelum memperkenalkan diri saya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru fotografi saya iaitu En.Hasnuddin Bin Abu Samah dari ADAN Cameraworks (www.adan.biz),(www.fototeacher.com) dan En.Adhadi Mohd dari MyFotoZone Sdn Bhd (adhadimohd.com) kerana jasa mereka mendidik saya dalam bidang fotografi perkahwinan, seterusnya menghasilkan blog ini.

Nama saya Jonizam Bin Jaafar.Dilahirkan di Taiping, Perak.Saya amat meminati bidang fotografi perkahwinan (secara profesional) sejak 2009.Tetapi saya bukanlah seorang jurufoto perkahwinan profesional.Saya cuma mendapat ilmu daripada 2 orang Jurufoto Perkahwinan Profesional di atas dari teori hingga ke praktikal.Mereka telah mendidik saya melalui kursus yang dihadiri dan hingga sekarang saya masih keep in touch dengan mereka supaya saya dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan saya dan juga kemahiran fotografi saya.

Saya menjalankan perniagaan ini secara sambilan kerana saya bekerja di sektor awam.Namun begitu, dari hari ke hari saya sentiasa mengkaji kehendak & kepuasan pelanggan ke atas perkhidmatan fotografi yang saya tawarkan.

Para pengunjung yang dihormati, semua gambar-gambar di dalam blog saya ni adalah original dari kamera (belum diedit).Tetapi untuk bakal pengantin, jangan bimbang!Semua gambar-gambar anda sememangnya akan saya edit untuk anda (pengantin) nampak lebih cantik dan berseri lagi!

Segala pakej yang ditawarkan adalah mengikut pasaran semasa.Semua ini hasil tunjuk ajar dan diskusi dengan cikgu-cikgu saya di atas.

Diharapkan semoga saya dipilih sebagai Jurufoto Perkahwinan anda! Sehingga kita berjumpa lagi!